Tuesday, 21 July 2009

PPSMI

sekian lama berbahas
sekian banyak kerumitan
tiada kepastian
tambah meragukan
tiada ketegasan

kalaulah
tiada suara
pejuang bahasa
lenyap jualah bahasa

kerakusan bermula
secara tiba-tiba
bukan apa
kerana berkuasa
tiada yang cuba menyapa

berpunca dari rasa kecewa
di luar negara
warga kita yang bersama
memalukan semua
lantas dikerah bermula
walau dalam serba tak kena
dipaksa juga
akhirnya kegagalan menjelma

muncullah yang empunya badan
hebahlah segala kenyataan
mengapa dan kenapa begitu keadaan
sehingga dasar dilupakan

dasar pelajaran kebangsaan
digubal cendikiawan
bermatlamatkan perpaduan
jangan diusik sembarangan
ada hikmah dan ketahanan
tidak akan ketinggalan zaman
inilah asas yang dipertahankan!


ibha 210709

No comments:

Post a Comment